Thursday, December 1, 2011

::. HIJRAH KAMI .::

:: 1 December 2011 ::
Sempena Maal Hijrah tahun ini, kami membuat penghijrahan office dimana, office kami telah berpindah dari tingkat 3 ke bawah. Segala dokumen & barang yg yg mampu diangkat oleh kudrat kami telah kami usahakan sedaya upaya dgn kerjasama kami berlima. Walaupun sebenarnya hanya 3 orang sahaja yang memberi komitment sepenuhnya dari hari Isnin hingga Jumaat. Kerana aku & May terpaksa menyiapkan tugasan kami. Antara yang berlaku sekitar proses perpindahan hanya sempat aku rakam melalui HP aku yg agak-agak canggih.
***** SITUASI 1 *****
Aunty May :: “Arm, saya takmau buat akaun lagi. Saya mau buat kerja kakak (cleaner) saja, you bayar saya RM15 sejam a?”
Arm :: “RM 15 sejam May??? manyak mahal o May...”
(Dalam masa yang sama Kinah, Amalina & Kak Yana terus mengemas apa yang patut. May pulak sibuk buat filing utk akaun client.15 minit kemudian, Aunty May tiba-tiba ambil penyapu & terus menyapu)
Arm :: May, I takde RM15 mau bayar you.
Aunty May :: (Berfikir sejenak)  #$@#%&* Takpe you tak payah bayar. Ni service free.
Arm :: “Ohh,Oklah. I takde duit mau bayar you. You punya service mahal oo.
***** SITUASI 2 *****

Aunty May :: Kawan, ini file you letak mana?
Amalina :: Adoyaiii, May I sudah hantar bawah ma. Takpe lah I letak sini.
Aunty May :: You simpan baik-baik ini file tau. ini you punya bos punya aa. Nanti hilang you sendiri jawab sama you punya bos aa. 
Arm :: May, I punya tong sampah kosong. You mau simpan you punya file dalam tong sampah I ka???
Aunty May        :: &&^%$$#@&^ Arm U manyak suka buang barang aaa?
Setelah bertungkus-lumus melakukan penghijrahan sekitar 2 minggu, akhirnya kami selesai menyempurnakanya. Terima kasih bagi pihak-pihak yang membantu. Tenaga yang dicurahkan dan masa yang dibazirkan amat dihargai.

***** SITUASI 3 *****

Kinah :: Arm ini file Arm, nak Kinah letakkan kat mana?
Arm :: Letak je kat tepi meja Arm, nanti senang Arm nak bakar. 

(Kinah berlalu sambil tersenyum)
Aunty May :: Sudah tulun bawah, you lagi mau bakar ka?
Arm :: Yelor May, I memang mau bakar semua.
Amalina :: Arm ini lagi file mau letak mana?
Arm :: Letak satu tempat, satu kali mau bakar.


Amalina :: Arm ni selalu main-main tau.
Aunty May :: Ini olang memang suka bakar punya.
Kinah :: Arm, nih lagi ye Arm.
Aunty May :: Wah! you manyak file ye Arm.
Arm :: Sebab itu I mau bakar, kalau I bakar pun file I ada manyak lagi maa.  Nanti olang  depan bakar, I tumpang satu kali la. Senang keje.





Friday, October 14, 2011

::. LU LANGSI LU MATI VERSI MAY .::


:: 14 October 2011 ::








Arm :: Amalina, Client tue nak jumpa awak kat bawah.


Amalina :: May, your client nak jumpa.

Aunty May :: Tak mau la. (sambil buat memek) Amalina, you mau turun bawah ka????

Arm :: Yelah may, dia punyer boyfren mau jumpa. You tak mau turun ke? Jumpa you punyer faberet client?

Aunty May :: You bawa ni semua sampah, kasi tunjuk sama dia. Dia ingat senang kew?

Amalina :: Tak mau la May.

Aunty May :: You bawa nih semua sampah dia kasi dia tengok. Dia ingat senang kew I nak buat semua sampah-sampah dia nih? You bawalah kasi dia tengok. Kasi angkat letak dalam bakul...

Amalina :: Tak mau la May.

Aunty May :: Hey!! You bawa nih. I dah isi dalam kotak ni. You ambil bawa turun kasi dia tengok.

~ Hahahaha... aunty May buat lawak dengan mengamok sehari suntuk gara-gara  client afrika punyer akaun macam sampah. Apa-apa pun dia still cute ~

Monday, September 19, 2011

::. SYURGA MAKANAN .::



:: 15  September 2011 :: Syurga makanan a.k.a Open Office sempena sambutan Aidil Fitri. Keadaan ini hanya akan berlaku setahun 2 kali. Waktu raya Puasa & Raya Cina. So, JOM ISI PERUT!!! 









::. MERUNGKAS TANAH TINGGI CAMERON .::



:: 16 & 17 September 2011 :: Jom Merungkas Tanah Tinggi Cameron! Inilah aktiviti aku bersama yeman-temanku. Shopping, Bergambar, Pose, Makan & menikmati suasana sejuk & damai... 

Inilah antara nikmat dunia yang kadang-kadang jarang kita hargai. Mungkin kecil pada sesetengah orang tapi nilainya sangat tinggi padd pihak yg lain.

Window Shopping... 


Strawberry Farm

Mak Aji ingat dia mungkin kurus kalau berjaya sembunyi dibelakang Labi kot...





Bee Farm




Pandang!!!! 

Sunday, August 21, 2011

::. ZAKAT .::

:: 21 August 2011 ::


Dialog antara aku dengan ibuku (melalui SMS)

Ibu  :: Assalam,  along sihat? Dekat mana? Walid ada kat rumah ni. Along, tahun ni along nak bayar zakat sendiri ke atau ayah bayarkan?
Aku :: Ayahlah bayarkan, Alongkan belum kahwin lagi. Masih bawah tanggungan ayahkan? 
Ibu :: Ayah cakap bukan kamu dah kerja ke?
Aku :: Memanglah dah kerja, tapi, tak kahwin lagi. Nanti along dah kahwin, ayah tak payahlah bayarkan.
Ibu :: Iyalah tu, Kalau dah kahwin pun ayah juga yang kene bayarkan memang nak kenelah laki kamu tu. 
Aku :: (hanya ketawa) Ok, nanti ayah tolong pelangkongkan. Along tengok dari jauh jew
P/S :: Jangan Lupa bayar zakat.

Saturday, August 20, 2011

::. R.E.N.U.N.G.A.N .::

:: 21 August 2011 ::



:: K.E.H.I.D.U.P.A.N :: Kalau kite jatuh, kite bangun... Kemudian terus berjalan... Tak pew walau perlahan.... Apabila rasa langkah semakin stabil, kiter mula berlari... Tapi jangan takut sekiranya kite tersadung & jatuh... Sebab kite boleh bangun & bangkit semula.... kemudian kite mulakan dengan langkah yang baru... Yang penting kite mesti tahu bahawasanya kite punya banyak kekuatan disekeliling kite dalam kite sedar atau tidak.... (kerana kehidapan ibarat graf yg ada turun & naik)

:: T.A.K.D.I.R :: Kite jangan pernah mempertikaikan apa yang telah tersurat buat kite... kerana kite tidak mempu menjangka apa yang tersirat buat kite.... (Yakinlah pada ketentuanNya)

:: C.I.N.T.A ::  Cinta bukan sesuatu yang sia-sia... Tetapi suatu rahmat... Sekiranya, cintamu tidak berbalas @ dikianati, yakinlah bahawa DIA punya rencana yang lebih baik buatmu...  Jadi sebagai hambanya kita harus terus berusaha & berdoa semoga suatu saat hatimu mampu berbunga mekar.... (senyumlah wahai hati kerana disitu terletaknya kekuatanmu)

:: P.E.R.S.A.H.A.B.A.TA.N :: Persahabatan tak perlukan apa-apa sebagai cagaran... cukup sekadar hati yg ikhlas untuk mengenali & memahami... cukup sekadar ada ketika sedih & gembira... Cukup sekadar menjadi pendengar & memberi sokongan... Cukup sekadar berusaha untuk melengkapi segala kekurangan... Tapi, sekiranya persahabatan meletakkan sesuatu sebagai cagaran... nilainya semakin susut... (hubungan ini akan berterusan hingga nafas yg terakhir)

Tuesday, August 2, 2011

::. TUTTI FRUITY .::


:: 28 JULAI 2011 :: Buat kali kedua aku menikmati tutti Fruity. Mulanya, aku menikmati Tutti Fruity di Solaris dengan sokongan padu daripada Kak Chik. First time aku mencuba Tutti Fruity ni, memang lain daripada yang lain. 

Mungkin selepas ni aku akan cari lagi kot.  memang best. Yogort memang kegemaran aku. Samalah juga dengan ice-cream. Jadinya, gabungan yogort & aiskrim memang baiklah kan? 

Semuanya self-service. Aku boleh pilih flavour yang aku suka. Aku boleh decorate topping untuk TF aku. Apa saja yang aku inginkan sebagai topping. Ia dikira berdasarkan berat. Semakin berat, semakin mahallah. 














Puas hati setelah berjaya menikmatinya....

::. WONG SOLO .::


:: 27 JULAI 2011 :: Aku & officemate sekali lagi adakan makan-makan bagi meraikan berakhirnya tempoh perkhidmatan untuk budak-budak trainees. Sebelum nih office pernah adakan makan-makan besar di restoran stemboat untuk meraikan budak-budak trainee. Now, buat lagi sekali di restoran Indonesia “Wong Solo” bagi meraikan mereka yang akan tamat.


Semuanya duduk bersandar sebab terlampau kenyang


Memberi ucapa sepatah dua kata untuk mengakhiri majlis makan mlm

Keletah staff...



Keadaan selepas kejadian....


Monday, July 11, 2011

::. GINCU MERAH JAMBU .::



:: 10 JULAI 2011 :: Hahahahaha… Kali nih citer sal Gincu merah Jambu @ Lipstic Pink.  Waktu tercetusnya kisah nih sewaktu aku & teman rumah berbuka puas. Kebetulan waktu tu tersiar iklan berkaitan lipstic yang boleh bertukar warna kepada pink 
Aku:: Arm tak boleh pakai lipstic cam ni.  Sapu sikit je tapi nanti warna pink jadi scary sangat.
Yana:: Hah! Betul-betul. Saya pun tak boleh pakai lipstic cam tue. May be kene beli liptics warna pink betul. Baru boleh jadi

Tetiba Nor ketawa nakal…

Aku:: Mesti Nor fikir lain. Kan Nor?
Eliy:: Ye doh tu. Belum habis cakap lagi dia dah ketawa (loghat Kelantan)
Nor:: Sapu jew la cat pink kat bibir ooo. (loghat Kelantan)
Aku:: Dari mu sapu cat pink, baik mu sapu watercolour pink.Tak pun BUNCHO watercolour. Siap sapu ooo duk depan kipas sambil juihkan bibir sebab nak bagi kering.Then, pergi keje dalam keadaan bibir terjuih sebab dah kering.  Bila bercakap habis tempias, taufan. Semua keluar. Sebabnya juih punyer pasal.

P/S :: Siap 30 minit lebih awal untuk pastikan lipstic kering…  
~ Gincu Merah Jambu ~





Sunday, July 10, 2011

:. C.I.N.T.A .:

 



Sekalipun cinta telahku uraikan
Dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta,
Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagai keldai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

~Credit 2 : Anna AlthaFunnisa~


Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi Muhibbah,
Itulah cinta....


~Credit 2 Ayatul Husna~


Thursday, July 7, 2011

::. SALAM RAMADHAN .::

:: 4 JULAI 2011 :: Salam Ramadhan dari perantauan. Jom berbuka puasa di Restoran Arab. Arabic Night. Kami bercadang untuk berbuka di Saba' Restaurant yang terletak di Cyberjaya.