Monday, June 20, 2011

:. MU LIFESTYLE .:

:: 21 June 2011 :: Sekarang aku lebih suka ambil langkah selamat, dimana aku lebih suka mendengar dari mengkritik. Kadang-kadang benar juga dengan apa yang diperkatakan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Aku cuba untuk menahan diri dari mengkritik. 

Hampir semua budak rumah agak pelik dengan keadaan aku. Lagi-lagi roomate aku. First time dia tengok aku bangun tengah malam selepas bangun tidur.

                        ***** SITUASI SATU *****

Roomate 1 :: Eh, kak arm nak pergi mana?
Aku :: Nak study kejap (sambil galas beg laptop, turun dari katil, dgn muka baru bgun tido)
Roomate 1 :: (Hanya memandang dgn muka pelik)

                         ***** SITUASI DUA *****

Housemate 1 :: Eh, tak tido lagi ke?
Aku :: Baru je bangun, nak study kejap.
Housemate 1 :: (hanya berlalu)

                        ***** SITUASI TIGA *****

Housemate 1 :: Arm memang tak tidur ke?
Aku :: Iskh, Kalau tak tidur dah pengsanlah Arm kat sini.
Housemate 1 :: Habis tu bila masanya Arm tidur?
Aku :: Selalunya lepas maghrib Arm tidur sekejap. Sebab tu kamu jarang nampak Arm lepak kat rumah.
Housemate 1 :: Owh, Patutlah jarang nampak Arm makan sama-sama.
Aku :: Nak buat macam mana?