Hasil siasatan didapati kelima-lima mangsa mengalami tekanan yang DASYAT dalam menyiapkan TESIS dan kerja-kerja harian. Akibat tekanan yang melampau, kelima-lima mangsa mengambil keputusan untuk mendamparkan diri di Pantai Port Dickson. Hasil temubual dengan salah seorang mangsa didapati, keputusan dibuat atas kerelaan dan persetujuan semua pihak. Ini menyebabkan tiada pihak boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Kini, kelima-lima mangsa telah selamat pulang ke kediaman masing-masing dan kini dalam pantauan agar perkara yang sama tidak berulang kembali.
Pesanan kepada semua pelajar IPTA/S diluar sana : Bertindaklah ketika waras & rasional, kerana tindakan anda pasti akan memberi kesan. Renung-renungkanlah dan selamat mengamalkannya.
Keratan akhbar yang tidak boleh dijumpai dimana-mana keluaran syarikat akhbar. Inilah yang dilakukan oleh aku serta teman-teman yang lain.
***** SITUASI SATU *****
Aku : Hello, aku dah sampai depan rumah ko ni.
Kiah : Hah!!! Eh ko baliklah. Aku tak de kat rumah sekarang nih.
Aku : Ha'ah, habis macam mana pula aku boleh dengar suara kau yang macam kilat sambar menyambar tu?
Kiah : (gelak macam guruh)
Aku : Chait!! nak tipu pun agak-agaklah. Create la cerita yang nampak real sikit.
Kiah : Hah, yang lain tu siaplah. Kata nak pergi PD.
Aku : Biar betul!!! (sambil buntangkan mata)
Kiah : Betullah. Ini bukan cubaan.
Fera, Aiza & Ness : (Pandang kiah, biar betul minah ni)
Semuanya bersiap-siap sementara aku layan cerita hindustan dengan Wyna. Sambil aku menunggu mereka bersiap, tetiba je datang satu lagi idea.
***** SITUASI DUA *****
Aku : Sis, Kita tidur sanalah jelah. Kita cari hotel budget?
Kiah : Hah!!! (bulat mata) Nanti aku tanya diorang. berlalu pergi.
Kiah : Mira cakap kite tidur sana je. Nak tak?
Fera, Aiza & Ness :Memandang tepat ke arah Kiah.
Kiah : Mira tu pun gila juga, diayang bagi idea gile ni. So, korang macam mana? setuju tak?
Aku : (On lappy & survey hotel). Kita gamble jelah cari hotel bila kita sampai sana. tak pun kita tidur kat masjid.
Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke PD petang tersebut. Setiba di salah satu pantai disana, kami berhenti sekadar untuk memuaskan hati melihat pemandangan pantai dikala senja sambil layan ais-krim. Seterunya kami mencari bilik untuk istirehat. Mencari hotel on the spot memandangkan percutian ini memang tidak dirancang langsung.
Seusai membersihkan diri & menunaikan kewajipan kami, bermulalah percutian kami. Kekosongan perut yang minta diisi.
| Ketibaan di sambut dengan memaniskan mulut... |
| Dinner time... |
***** MALAM MASIH MUDA *****
Semasa makan, kami telah membuat keputusan untuk melepak di tepi pantai. Pelbagai topik yang kami bualkan sehingga tenggelam terus ingatan terhadap assignment. Ketawa & senda gurau ini akhirnya mengundang mata-mata yang memerhati.
Selesai makan, kami tidak membuang masa dan terus menuju ke pantai untuk mendamaikan hati yang gundah, fikiran yang senak dan jiwa yang kacau. Setiba disana, kami membuat aktiviti masing-masing. Aku dan Kiah selesa bersama sambil berbual-bual dan menjelajah sepanjang pantai manakala Fera, Aiza dan Ness menjalankan aktiviti mereka. Aku dan Kiah melayan steamboat yang terdapat disitu. Sekitar jam 1 pagi, kami pulang ke bilik untuk istireha.
***** KEESOKAN HARI *****
Seperti biasa menunaikan kewajipan itu perlu selagi kite masih bernafas. Dalam kes ni, Ness yang paling kesian. Asyik dibuli je oleh teman-teman yang tidak ada hati, perut, hempedu dan segala macam isi perut. Selesai tanggingjawab, kami mencari kedai makan untuk bersarapan.
Kami memulakan aktiviti kami seawal jam 8 pagi, Kami bukan saja mandi-manda semata-mata mesti ada aktiviti yang mampu membuatkan kami gelak sepanjang hari dan sukar untuk dilupakan. First customer yang naik banana boat & Donut. Dapat naik banana boat dan pusing pantai untuk layan permandangan.
Yang penting ketika naik banana boat nih, semua masalah kami hilang macam tue saja. Tapi, kalau nak hilangkan semua masalah, lebih baik naik Donut. Memang hilang. Hilang FERA (gelak guling-guling). Donut agak extrem berbanding banana boat. Tapi, kapasiti untuk naik Donut hanya 3 orang, jadi kami buat 2 trip la. Seronok sangat sampai tak ingat dunia. Yang pastinya, kalau datang PD lagi aku akan naik Donut berbanding banana boat. (thumb up)
Sepanjang hari, kami hanya gelak dan ketawa seolah-olah kami adalah kumpulan manusia yang bebas daripada bebanan dan masalah. Waktu ni tiada tesis, assignment & kerja. Yang ada hanya FREEDOM, HAPPINESS & LAUGHTER....
| Kawasan yang disyaki... |
| Mangsa-mangsa yang ditemui terdampar... |
Melaka wait for us! Sepanjang perjalanan kami, hanya dipenuhi dengan berbual-bual dan snap pictures of course. Gelak & ketawa hanya memenuhi ruang kereta kancil yang tak seberapa besar. Perjalanan yang jauh & penat tidak akan terasa sekiranya kita bersama teman-teman yang mampu berkongsi suka dan duka.
Selesai urusan kami dirumah pengantin, kami pun meminta diri memandangkan banyak lagi urusan dan perjalanan kami yang jauh. kami mencari kedai yang sempat untuk memenuhi nafsu makan yang hadir.
No comments:
Post a Comment