::6 February 2011:: Perjalanan dari Shah Alam ke Kota Bharu. Buat pertama kali menaiki Bas Sani Express untuk ke KB. Sepanjang perjalanan ke KB, aku hanya mampu melelapkan mata apabila bas melewati Kuala Lipis.
Setiba aku dirumah kakak, aku hanya berehat sambil berbual-bual dengannya kerana apabila menjelang pagi kami akan bergerak ke Besut. Dari Besut, kami akan meneruskan perjalanan ke Dungun. Rumah saudara ibu yang akan mengadakan majlis walimatulurus anaknya.
Perjalanan kami ke Dungun berlalu sangat perlahan. Pemanduan Ayah Ngah boleh aku katakan sangat berhati-hati & cermat. Sehingga aku ketiduran dek kerana kebosanan yang menjelma. Kakak sebagai peneman & penunjuk arah.
Di Dungun, kami telah menyewa sebuah Homestay, memandangkan kami ramai jadi ianya berbaloi.
Perjalanan kami ke Dungun berlalu sangat perlahan. Pemanduan Ayah Ngah boleh aku katakan sangat berhati-hati & cermat. Sehingga aku ketiduran dek kerana kebosanan yang menjelma. Kakak sebagai peneman & penunjuk arah.
Di Dungun, kami telah menyewa sebuah Homestay, memandangkan kami ramai jadi ianya berbaloi.
Di majlis tersebut, ramai saudara mara yang tidak aku kenali. Kalau pernah berjumpa pun ketika aku masih bayi. Salah seorang yang aku berjumpa adalah orang yang menjaga aku ketika aku masih bayi.
*****SITUASI SATU*****
Ibu : Ni anak along. (sambil menunjuk ke arah aku)
Aku : (bangun dan terus bersalaman dengan mak cik tersebut)
Mak cik 1 : Ni yang masa kecik dulu?
Ibu : Ha’ah ni la.
Mak cik : Haaa, dah besar dah. dah anak dara pun.
Aku : hanya mampu tersenyum.
Aku diperkenalkan kepada hampir semua saudara mara dan diingatkan bahawa hubungan kami. Jangan sampai suatu masa nanti kami tidak mengenali saudara mara...
*****SITUASI DUA*****
Ibu : Along, sini kejap.
Aku : Berjalan menuju kearah ibu.
Ibu : Ni anak along.
Mak cik 2 : Yang ni lah yang masuk hospital itu hari kan?
Ibu : Ha’ah yang nilah.
Aku bersalam dengan suami mak cik 2. Tapi, aku tak pasti gelaran yang sepatutnya untuk beliau. kerana terlalu ramai.
Pak cik 1 : Ni ke anak along yang bertunang tu hari?
Aku : Ehhh, bukan saya pakcik. (muka terkejut)
Ibu : (hanya ketawa). Amin. Mana la tahu esok lusa dia pula.
Pak cik 1 : (ketawa). pak cik gurau saja.
Aku : Terus ketawa.
Agak lama juga kami bertandang di majlis tersebut, maklumlah kebanyakan saudara sebelah ibu tidak ramai yang kami kenali dan tidak berkesempatan untuk berkenalan. Pendek kata, kalau berselisih bahu, pasti kami tidak tahu bahawa kami bersaudara. Lagi pula, wan dan atuk sebelah ibu meninggal awal. Ibu, Umi &Walid sendiri pun tidak berkesempatan untuk mengenali saudara mara mereka lebih rapat.
No comments:
Post a Comment