Monday, April 4, 2011

:. ANJAKAN PARADIGMA .:

:: 1 APRIL 2011:: Bulan baru, hari baru, suasana baru. Boleh dikatakan semuanya baru untuk tarikh 1 April. Walaupun semuanya baru tapi, aku harap aku masih orang yang sama. Ya! orang yang sama dulu, kini dan selamanya.

~HOSTEL~

Memandangkan company ni menyediakan kemudahan tempat tinggal, so aku rasa aku sudah mampu membuat penjimatan dari segi kos tempat tinggal. Alhamdulillah... Dah namanya pun HOSTEL, pastinya ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Orang seperti aku yang agak sukar mematuhi peraturan. Bolehkah aku? 

Hostel ni kelihatan biasa pada pandangan mata kasar aku. tiada apa yang istimewa. Sehinggalah aku berkenalan dengan mereka yang menghuni rumah ini. Mengenali mereka dan memahami peraturan yang ditetapkan dalam rumah tersebut. Perjumapaan aku dengan senior staf dirumah tersebut menjelaskan lagi kekaburan pandangan aku pada awalnya. Segala yang aku fikirkan jelas dipertuturkan oleh senior staf aka warden.



jadual bertugas, nama aku telah disenaraikan...




~ COMPANY ~


Office ni hanya office biasa pada luaran. Disebabkan tugasan aku kebanyakkannya berurusan terus dengan bos, Aku terpaksa turun naik dari tingkat 3 ke tingkat 1 dengan menggunakan tangga.Sebagai permulaan hari aku bertugas, aku diperkenalkan dengan staf di office tersebut. Kemudian, aku diperkenalkan dengan staf department tempat aku akan melaksanakan segala tanggungjawabku. Permulaan hariku hanya mendatar. Aku diajar dengan perkara baru. Alhamdulillah, staf yang mengajar aku mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Dan Alhamdulillah sekali lagi aku juga mudah untuk menyerap segala yang diajar, walaupu mungkin perlahan dalam melaksanakan tugasanku.

Aku berharap agar tugasanku mendatang akan dipermudahkan dan aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Semoga anjakan dalam kehidupanku akan terus berkembang ke arah positif.


:. HOSPITAL SERDANG .:

:: 31 March 2011:: Aku ke hospital Serdang gara-gara teman sebilik aku mengalami sakit perut yang melampau. Sebelum ini dia mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran. ubat yang diberi oleh pihak klinik tidak memberikan apa-apa kesan. Sehinggalah suatu malam member aku ni menangis disebabkan sakit perut yang melampau.

Kebetulan malam tersebut hanya tinggal aku dan dia dibilik tersebut dan dengan rasa tanggungjawabnya aku terus minta dia bersiap untuk mencari klinik yang beroperasi 24 jam. (monolog dalaman : kat mana klinik 24 jam area seksyen 7?). Berpusing-pusing aku mencari klinik yang beroperasi 24 jam. Kesian pulak aku tengok member yang menderita kesakitan. Dalam keadaan terdesak macam ni kenapalah aku tak mampu nak fikir klinik yang beroperasi 24 jam?

Alhamdulillah akhirnya setelah berpusing-pusing mencari klinik 24 jam. dia terus mendapatkan rawatan, hasil pemeriksaan doktor mengarahkan dia untuk mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran. Doktor tersebut mencadangkan Hospital Klang.

Memandangkan aku tidak mahir kawasan Klang, jadi aku memutuskan untuk menghantar dia ke Hospital Serdang. Aku terpaksa mengambil cuti setengah hari semata-mata untuk menghantar dia ke hospital memandangkan dia tiada saudara yang berhampiran. Dek kerana rasa bertanggungjawab sesama manusia. 

Alhamdulillah, setelah mendapat rawatan di hospital dia tidak disyaki appendiks. Cuma otot perut sahaja. Bimbang juga aku sekiranya apa-apa yang berat menimpa dia. macam manalah aku nak berjawab dengan keluarganya nanti. Alhamdulillah, tertunai juga tanggungjawab aku sebagai teman serumah. 

Semoga cepat sembuh... "Semoga terhapus dosa-dosa kecil"