Monday, April 4, 2011

:. HOSPITAL SERDANG .:

:: 31 March 2011:: Aku ke hospital Serdang gara-gara teman sebilik aku mengalami sakit perut yang melampau. Sebelum ini dia mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran. ubat yang diberi oleh pihak klinik tidak memberikan apa-apa kesan. Sehinggalah suatu malam member aku ni menangis disebabkan sakit perut yang melampau.

Kebetulan malam tersebut hanya tinggal aku dan dia dibilik tersebut dan dengan rasa tanggungjawabnya aku terus minta dia bersiap untuk mencari klinik yang beroperasi 24 jam. (monolog dalaman : kat mana klinik 24 jam area seksyen 7?). Berpusing-pusing aku mencari klinik yang beroperasi 24 jam. Kesian pulak aku tengok member yang menderita kesakitan. Dalam keadaan terdesak macam ni kenapalah aku tak mampu nak fikir klinik yang beroperasi 24 jam?

Alhamdulillah akhirnya setelah berpusing-pusing mencari klinik 24 jam. dia terus mendapatkan rawatan, hasil pemeriksaan doktor mengarahkan dia untuk mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran. Doktor tersebut mencadangkan Hospital Klang.

Memandangkan aku tidak mahir kawasan Klang, jadi aku memutuskan untuk menghantar dia ke Hospital Serdang. Aku terpaksa mengambil cuti setengah hari semata-mata untuk menghantar dia ke hospital memandangkan dia tiada saudara yang berhampiran. Dek kerana rasa bertanggungjawab sesama manusia. 

Alhamdulillah, setelah mendapat rawatan di hospital dia tidak disyaki appendiks. Cuma otot perut sahaja. Bimbang juga aku sekiranya apa-apa yang berat menimpa dia. macam manalah aku nak berjawab dengan keluarganya nanti. Alhamdulillah, tertunai juga tanggungjawab aku sebagai teman serumah. 

Semoga cepat sembuh... "Semoga terhapus dosa-dosa kecil"

No comments:

Post a Comment