Friday, March 18, 2011

:. ADMIN DEPARTMENT .:

:: 18 Mac 2011:: 

                                    ***** situasi satu *****

TM :: Saya tahu sekarang ni you banyak kerja staf 1 so, sumer kerja yang    berkaitan dengan admin macam typing you serah pada admin. Biar dia yang uruskan. You cuma monitor je.

Staf 1:: Baik bos. (sambil angguk-anggukkan kepala tanda faham)

TM :: You pun sama staf 2, kerja you manage jew project yang I minta you handle. Any work yang berkaitan dengan admin pass to admin tahulah dia nak buat macam mana. You kalau nak kerja kat sini kenae cepat & pantas. You kena tahu macam mana nak adakan sesuatu yang tak ada. I suruh you handle project, so you should know how to make it.

Staf 2 :: Ok bos (sambil angguk-anggukkan kepala)

TM :: Admin, nanti they all serahkan apa-apa untuk you buat, you tolong buatkan. Any task yang berkaitan dengan admin you kena handle.

Admin :: Ok bos. (jawab dengan menggunakan 20% tenaga, sambil memandang staf 1 dan staf 2 meraih simpati)

TM :: Nanti jangan you all ingat nih bukan tugas you all, so tak payah buat. You all kene kerjasama. Tolong mana-mana yang patut.

Staf 1, staf 2 & admin :: Mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan arahan TM...


                                       ***** SITUASI DUA *****

TM :: Tolong isukan cheq, nanti I bagikan figure untuk you.

Admin cum account :: baik bos.

TM :: Admin cum Account, Ok nanti you tolong issue cheque untuk yang ni ye? Ada apa-apa lagi payment yang masih outstanding?

Admin cum account :: Ada bos. Syabas, TNB, TMB, KWSP & SOCSO

TM :: Ok, nanti you prepare sumernyer. Cepat sikit ye, saya nak keluar dah ni.

Admin cum account :: Ok bos.

(Siapkan semuanya dengan segera... tak menang tangan... Rasa nak tambah lagi 2 pasang tangan...)

                                   ****** SITUASI TIGA ******

TM :: Admin cum account! you sudah follow up payment from debtor 1?

Admin cum account :: Sudah bos, tapi ada problem sikit. They all minta few document as attachment.

TM :: Ok you prepare sume document yang they all minta. Cepat sikit ye.

Admin cum account :: Baik bos.

TM :: Payment dari debtor 2 cam mana?

Admin cum account :: Saya sudah call Mr X, Tapi dia tak angkat. So, saya call company Y staf dia cakap Mr X ada program dengan Dato' M bos.

TM :: Ok. Tapi make sure you follow up every day payment tu semua. Call them every day. If possible, 1 jam sekali pun takpe. Biar sampai they all bosan.

Admin cum account :: (hanya menggunakan 15% tenaga) malu kot.

TM :: Owh, nanti you tolong issue cheque untuk entertainment allowance ye... for me and TM 2.

Wednesday, March 16, 2011

:. SAAT-SAAT TERAKHIR .:

    :: 17 Mac 2011:: Cerita tentang seseorang yang menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang terakhir. Rakaman ini dibuat setelah beliau sering diganggu oleh entiti yang tidak diketahui. Oleh sebab perasaan ingin tahu beliau yang tinggi, maka suatu hari beliau tekad untuk menangkap entiti tersebut. Dengan berbekalkan camera yang paling canggih dan kesan effect yang memang excellent entiti tersebut telah berjaya dirakam. Hasil rakaman tersebut telah pun berjaya di'upload'...   


Setelah selesai semua urusan, beliau kelihatan amat keletihan dan tidak bermaya memandangkan tenaga yang digunakan sepanjang proses tersebut. Beliau juga telah direhatkan diruangan yang disediakan untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan sepanjang proses tersebut dijalankan.

              ****** DIBELAKANG TADBIR ******

Macam mana dengan hasil yang disiarkan? Untuk pengetahuan semua, ini adalah hasil "keras tangan" pealakon utama. Rakaman ini dibuat oleh beliau sendiri dan  saya sekadar meng'upload' rakaman tersebut.

Aksinya benar-benar buat kami semua tak kering gusi ketawa. Hampir pecah perut melihat gelagatnya. Sungguh dia benar-benar membuatkan kami dipejabat selesa dan seronok.

Note:: untuk pengetahuan semua, entiti telah berjaya ditangkap... Entiti tersebut berada disebelah beliau ketika rakaman dibuat... Sekiranya tidak pasti anda boleh tonton semula untuk mengenalpasti entiti yang telah berjaya ditangkap....


Sunday, March 13, 2011

:. MATI ITU PASTI, HIDUP IN SHA ALLAH .:

:: 8 Mac 2011:: Aku mendapat perkhabaran yang kurang enak. Ijam, adik sahabatku dalam keadaan nazak. Ros menghantar mesej untuk memberitahu keadaan adik. Semasa mendapat perkhabaran tersebut hatiku tidak berapa sedap. Jauh disudut hati aku mendoakan agar tiada perkara yang buruk akan terjadi kepada dia sekeluarga...

::9 Mac 2011:: Seperti biasa aku ke pejabat dengan  menumpang Mija. Entah kenapa, hati aku tak berapa sedap dan mata kiri berkedip-kedip. Tapi, tidak aku hiraukan. aku menjalankan tanggungjawab dan rutin harian seperti biasa. Sehinggalah aku secara tidak sengaja bertanya kepada salah seorang teman pejabat yang kebetulan berada disitu.

Aku:: Kalau mata kiri berkedip-kedip apa maknanye erk?
Staff 1:: Mungkin la, mungkin ada orang yang nak meninggal. Wallahualam.
Aku :: oowwhhh.

Kemudian aku menyambung kembali tugasku tapi, masih tidak sedap hati. Aku cuba untuk mengenepikan perasaan tersebut dari terus menguasai diri ini. Sehinggalah aku mendapat panggilan daripada Ros.

Ros:: Mira, adik. (sambil teresak-esak...)
Aku:: Hanya mampu diam dan mendengar.
Ros:: Mira, adik dah nazak.
Aku:: Terkelu, terkedu dan terdiam.
Ros:: Nanti aku call ko balik.
Aku:: Ok. (perasaan aku ketika itu hanya menerima)

Terkejut, terdiam dan terkelu...

Aku:: Betullah apa yang kau cakap tadi.
Staff 1:: Hah!! betul kew.
Aku:: Member aku call tadi, dia cakap adik dia sedang nazak.

Ketika aku sedang berbincang untuk pembahagian tugasan, tiba-tiba telefonku berdering. Sekali, dua kali. Aku mula tak sedap hati. Lambatnya tunggu short meeting ni habis. Akhirnya, aku mengambil telefon dan membuat panggilan balas. Ros

Aku:: Hello, kenapa sis?
Ros:: Mira, Ijam. (sambil menangis) Ijam dah takde.
Aku:: Tak mampu nak berkata-kata. Hanya airmataku yang mengalir.
Staff 2 :: Kebetulan mampir disisiku.
Aku:: Sis, adik member arm dah takde (hanya airmata yang mampu mencerita selebihnya)
Staff 2:: (Kaget melihat keadaan aku) Habis tu cam mana? Arm nak balik?
Aku:: Boleh ke Arm balik?

Tanpa berlengahkan masa, aku terus membuat panggilan kepada teman-teman yang lain yang aku pasti mereka belum tahu lagi. Uda, Imah, Jilah, Zizi, Arip, dan Nd. Semuanya aku sampaikan perkhabaran tersebut. Cuma Kiah saja yang aku tak dapat hubungi lantas aku hanya menghantarkan mesej untuk memberitahu perkhabaran tersebut.

Buat sekian kalinya aku mendengar perkhabaran tentang kehilangan dua orang kesayangan teman-temanku. Semoga kalian tabah dalam menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka lebih daripada kita. Sesungguhnya daripada Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali...