Wednesday, January 26, 2011

:. Dari Sahabat Buat Sahabat .:

::27 Januari 2011:: Apa yang bisa aku lakukan sekiranya ketika ini aku mendapat perkhabaran akan kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup dan diri aku? Mampu atau tidak untuk aku teruskan langkah perjalanan andai salah satu tulang yang menyokong tubuh aku terkulai?

Mendapat perkhabaran tentang kehilangan bonda seorang sahabat saja telah membuatkan jantungku terhenti, apatah lagi kehilangan orang yang terpenting buatku. Aku sepakat untuk pulang ke kampung halaman buat menziarahi keluarga sahabatku. Aku bersama Kiah sepakat untuk pulang seawal pagi esok. 

 
Setiba kami dirumah sahabat tersebut, aku bersalam dan memeluknya sebangai tanda “Uda, kami disini, disamping kamu untuk memberi semangat. Tabahlah wahai sahabat. Sesungguhnya Allah tidak akan menduga hambanya diluar kemampuan kamu”. 

Ketika itu, tiada linangan air mata yang kelihatan. Tabah sungguh dia berhadapan dengan takdir yang telah ditetapkan untuknya. Sekiranya ini yang akan berlaku terhadap aku, bagaimana agaknya untuk aku berhadapan dengan keadaan dan situasi tersebut?

Allahuakhbar, sesungguhnya lemah lututku memikirkan perkara ini. Kepada sahabat, Sekiranya kamu rasa akan kehilangan itu dan memerlukan teman untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hatimu, ketahuilah bahawa kami ada disisimu untuk mendengar segala luahan hatimu. Kau seorang sahabat yang tabah dan kuat untuk berhadapan dengan segala ketentuan dari-Nya. Untuk sahabat kepada Sahabat.


No comments:

Post a Comment